Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

AnNur Islamic Kindergarden Convocation 2009



Entri kali nie nak citer pasal Akim nyer convo......hehehee sekarang nie budak-budak kindergarden pun ada convo....tak yah nak tunggu masuk Universiti...masuk tadika pun ada konvo.....
Tadika Akim konvo hari Ahad lepas bersamaan 22 Nov 2009. Majlisnyer simple tapi meriah....dia orang buat kat kawasan sekolah dia orang jer... tak buat kat dewan pun...walaupun buat kat kawasan sekolah jer...tp meriah dan best gilerrr.....jamuan pun cikgu2 yang masak sendiri....Pengetua tadika cakap dia org wat kat sekolah sebenarnya salah satu promosi aktiviti sekolah tu....bijak gak pengetua dia nie...klu tak org tak tahu sekolah nie ada aktiviti camnie....
Pukul 7.45 pagi kami dah berada kat tadika Akim.... Akim pun dah tak sabor2... tak sabor2 nak buat persembahan dan nak terima hadiah.
Sebenarnya keputusan peperiksaaan akhir tahun Hakim dia umumkan pada hari konvo. Sebelum tu kami tak pernah tahu. Sampai2 jer kat sekolah kami dah tak sabor2 nak tengok keputusan si Akim. Syukurrr Alhamdulillah.... itu jer yg dapat kami ucapkan bila tengok keputusan Akim.... gembira pun ada sedih pun ada..... Akim berjaya mengekalkan kecemerlangan dia..... walaupun dia bukan pelajar terbaik untuk keseluruhan...... tapi dia dapat top 3......pelajar terbaik untuk pelajar lelaki sahaja dan dapat hadiah bagi matapelajaran terbaik .... itu sudah cukup membanggakan kami..... Pelajar terbaik keseluruhan dapat kepada budak perempuan. Kami harap kecemerlangan ini akan berterusan sampai bila-bila. Insyaallah.....
Dan kami memang amat2 berterima kasih buat cikgu2 yang tak pernah penat mengajar anak kami sehingga berjaya.....
Suasana hari tu cukup meriah sekali.....Semua persembahan yang melibatkan murid 6 tahun semua dia masuk..... macam tak percaya lak anak aku boleh bersajak, menyanyi dan jadi model..... heheheeee patutlah setiap kali masuk bilik air dia akan menyanyi dan cakap sorang2....dia berlatih rupanya.....Untuk pakaian beragam memang kami tak sempat nak prepare sebab dah last minit.... aku suruh Akim peragakan pakaian seorang nelayan jerrr..... tapi ok la...dia tak malu memperagakan pakaian tu... kire dia berani la tu ....... aku dok bayangkan sebelum nie si Akim nie pemalu......sangkaan ku salah rupanyerr.....
Ok tak nak melalut panjang2 nanti bosan lak korang nak baca....meh layan gambor Hakim disekitar majlis Konvokesyen Tadika AnNur.


Tiada ulasan: