Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Alhamdulillah....

Alhamdulillah....hanya itu yang mampu ku ucapkan. Aku telah selamat menjalani pembedahan kecil semalam...dan hari ini aku telah keluar dari hospital Ampang.....

Aku dimasukkan ke ward 5c di Hospital Ampang pada hari Rabu (6/5/09) kerana menjalani pembedahan membuang tonsil dalam korongkong aku.....Aku kene tonsil nie sebenarnya dah lama...semenjak tahun 1998 lagi....tapi sejak akhir2 nie tonsil aku semakin membesar....sebesar bola ping pong.
Aku ada temujanji dengan doktor Hospital Ampang pada hari Rabu (6/5/09) jam 9.40 pagi...aku sampai kat Hospital Ampang tepat2 jam 9.40 pagi....sampai jer aku terus ke kaunter pandaftaran....dann berjumpa dgn doktor dalam kul 9.55 camtu.....begitu cepat sekali....Doktor terangkan sikit sebanyak pasal operation yg akan aku alami...setelah selesai menjalani pemeriksaan dgn doktor......aku ditempatkan ke wad 5c. Dalam pukul 11 pagi aku dibawa berjumpa dengan Pakar Bius.....Aku akan dibius penuh...bius ini bermakna aku tidak akan sedar sepenuhnya.

Pada 7.30 pagi hari Khamis (7/5/09) aku telah dimasukkan ke bilik bedah.....selepas diberi ubat bius....sedar tak sedar dalam kul 10.30 pagi suami aku dah ada disebelah......aku rasa badan2 ku lemah2......rase letih sangat......hubby bagitahu tonsil aku telah selamat dibuang...dan tonsil ku dismipan dimakmal untuk dijadikan bahan kajian....

Hari ini Jumaat (8/5/09) jam 10 pagi doktor telah datang melawat aku dan mengesahkan tiada sebarang komplikasi dibahagian kerongkongku......aku dah boleh keluar dari hospital....tapi aku telah rasa kesakitan kesan daripada pembedahan semalam mungkin kerana ubat bius telah habis....

Sekarang aku hanya dibenarkan makan bubr nasi dan makan2 lembut sahaja selama 2 minggu dan aku diberi cuti oleh doktor sehingga 15/5/09.......

Disebalik kepahitan ada kemanisanya kerana sepanjang aku sakit ini emakku datang dari kampung untuk menjaga aku...dan aku dapat menyambut hari ibu bersama ibu tersayang.....

4 ulasan:

Unknown berkata...

Amizah, Selamat Hari Ibu, banyak2 berehat dan semoga cepat sembuh ye. Dulu pun akak ada buat pembedahan tonsil ni dan makan aiskrim banyak2, lagi cepat sembuh nya nanti.

☆ lieya latif ☆ berkata...

harap amizah sembuh sepenuhnye lepas nie....takut pial lieya bace citer2 operation nie...lieya ni penakut sikit hi hihi....

semoga cepat sembuh dan selamat hari ibu....

atie berkata...

atie doakan smoga akak sembuh cepat yer..rehat biar cukup...

attyfir berkata...

semoga amizah cpt sembuh ye..rajin makan ubat tau..