Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kesedihan {301108}

Dah lama lak raser aku tak wat n3....biaser la aku nie selain sibuk ngan tugas harian.....aku ni jadi malas sangat sejak kebelakangan nie.....
Kali nie aku nak berbicara pasal "kehilangan".....aku pernah "kehilangan" orang tersayang iaitu ayah tersayang......tapi itu cerita 15 tahun dulu.....tapi semua itu masih segar dalam ingatanku....
Hari semalam aku dikejutkan dengan satu berita tentang kematin seorang anak jiranku.....sungguh mengejutkan aku.....Anak jiranku baru berusia 20 tahun dan sednag menuntut di Politeknik Tengku Mizan...seorang anak yang baik....budak tu memang berbudi bahasa...memang seorang yang baik....aku sebagai seorang jiran pun amat sukar untuk ku terima "kehilangan"....apatah lagi iba bapa dan adik beradiknya....dia meninggal semasa tidur...bayangkan malam sebelum dia meninggal tu dia sempat lagi bercakap dengan emaknya...esok paginya apabila abangnya kejutkan dia sudah tiada......alangkah peritnya untuk menerima kenyataan ini....TApi.....kiter berbalik lak kepada kada' dan kadar tuhan...."daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali......"memang susah untuk diterima semua ini oleh seorang manusia yang waras.....
Emaknya memang baik dengan ku...familinya pulak memang baik dengan familiku.....sehingga hari ini aku tidak lagi menelefon jiranku itu....aku hanya bertanyakan khabar berita dengan jiran2ku yang lain serta emakku dikampung......aku rasa aku tidak kuat lagi untuk menelefon jiranku itu....aku takut sangat dia sedih apabila aku bertanyakan khabar.....cukuplah aku menelefon jiran2ku yang lain......cuma kutitipkan salam sahaja buat jiranku ini....insyallah esok lusa aku akan telefon juga......
Al-Fatihan untuk adik Azuan......semoga Allah tempatkan rohnya diantara orang2 yang beriman...Amin...

3 ulasan:

attyfir berkata...

betui tu kita terpaksa redha pd qada & qadar

ANAKIRANA berkata...

sedihnya..senangnya ajal dia kan..alfatihah

Sitie BUm BUm berkata...

sedihnye..