Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

My Mum...






Salam semua...n3 ku kali nie ku nak bercerita mengenai seorang insan yang ku panggil "mak".Seorang ibu yang gigih membesarkan anak2nya....Nama sebenar ibuku ialah Selamah Binti Daud tapi lebih popular dengan panggilan "Jah" dikalangan rakan2...(biaserla orang dulu2 kan ada 2 nama)...dilahirkan pada 09/08/1951 di negeri kelahiranku Terengganu.....berkahwin dengan ayahku pada usia yang muda (aku tak ingatla berapa tahun)...dan dikurniakan 4 cahaya mata...tapi 2 org lebih dahulu mengadapNya...kini tinggal aku ngan adik aku....


Aku memang bangga dengan mak aku nie....dia memang seorang ibu yang gigih dan cekal...ayahku telah pergi mengadap ilahi sewaktu aku di tingkatan 4....dan adikku dalam darjah 6...semasa ayah meniggalkan kami emakku serba tak pandai...yang emakku pandai hanyalah membuat kerja rumah....ini kerana ayahku terlalu memanjakan mak...selepas ayah pergi emak seloah2 hilang arah...hilang tempat bergantung...hanya pada anak dan adik beradiknya serta ibu mertua sahaja tempat dia mengadu nasib.....tapi mereka semua tidak sama seperti ayahku...


Selepas 4 bulan pemergian ayah...emakku mengambil keputusan untuk belajar kereta....alhamdulillah emak aku berjadi mendapat lesen kereta.....setelah mendapat lesen kereta emak aku meneruskan kerjaya ayahku sebagai peniaga (ayahku seorang peniaga).....emakku memang seorang yang tabah.....dia memang pandai berniaga....alhamdulillah tuhan telah murahkan rezeki kepadanya kerana niat ibuku untuk membesarkan aku dan adikku....perniagaan emakku semakin berkembang....tapi takdelah sehebat semasa ayahku ada....


Pelbagai cabaran dan dugaan telah emakku harungi...semua itu diharungi dengan tabah....memang emakku seorang yang cekal dan hebat....sekiranya semua ini terjadi kepadaku aku rasa aku tak sekuat emakku...tidak kira siang dan malam emakku mencari rezeki semata2 hendak menanggung kehidupan kami sekeluarga.....sehingga aku dan adikku berjaya.....itu lah ibuku...tak pernah bersungut dalam membesarkan anak2nya.....semua dia lakukan itu dengan hati yang ikhlas...


Sehingga hari ini emakku masih lagi dengan kerjayanya walaupun bukan sebagai seorang peniaga....daitapi sekarang nie emakku ialah seorang guru mengaji al quran dan ustazah kafa...aku bangga dengan emakku....berjaya dalam semua bidang baik didunia dan diakhirat....


Sekarang.....aku dan adikku sudah berjaya dan masing2 sudah mendirikan rumahtangga...tapi sekarang satu lagi dugaan yang terpaksa emakku lalui...tinggal seorang diri dikampung...aku kat Kuala Lumpur dan adikku kat Pulau Pinang.....tapi emakku tabha menghadapi semua ini...walaupun pada hakikatnya dia tidak sanggup melalui semua itu......kami sering mengajak dia tinggal bersama kami....tapi biasala orang tua...sayang nak tinggalkan kampung halamannyerr...


Tiada apa yang harus kuktakan lagi...selain dari berdoa kepadaNya agar emakku sentiasa berada dibawah linduganNya.....

8 ulasan:

su berkata...

rindu su pd mak....mengalir airmata...


salam kenal...

IamYonna berkata...

tiada kasih sehebat kasih mereka :)

CuTeMiUt78 berkata...

pengorbanan mereka tiada gantinya.. begitu jua kasih sayang mereka terhadap anak2..kan.

Huda Luna berkata...

slm knl amizah...

sowie br on9 ni..

demam pns..

btw...

nape x wat chat box?

Tia berkata...

mak sanggup berkorban untuk anaknya... bila dah jadi ibu baru kita faham erti pengorbanan itu kan?

Ciklinn berkata...

ermmm rindunye aku kat mak aku..... huhhuhuh esok aku nak balik kg..nak cium dan pelok2 mak aku....

mmg tabah kan seorg mak utk membesarkan anak2nya....

attyfir berkata...

sedih baca pengorbanan sorg ibu..
tu ler kasih serg ibu yg sanggup berkorban segala utk anak2 nya

Sitie BUm BUm berkata...

rindu kt mama..